Jangan lengah untuk pergi ke klinik kulit jika wujud 7 masalah ini. Doktor kulit bertauliah LCP di Regions Clinic mampu membantu merawat anda!
Klinik Kulit memastikan kulit anda sentiasa sihat menawan
“Macam ada sesuatu yang tak kena lah dengan kulit aku, agaknya tanda kena penyakit.” Jika anda ada alami perasaan yang sebegini, perlukah segera ke klinik kulit untuk diagnosis?
Kulit, organ terbesar pada tubuh badan
Rasanya, semua orang sudah tahu bahawa kulit adalah organ terbesar pada tubuh badan dengan tiga bahagian yakni epidermis (luar), dermis (tengah) serta hipodermis (dalam).
Penciptaan kulit juga mempunyai tiga fungsi yang utama iaitu untuk perlindungan, pengawalan dan deria rasa. Tanpa organ ini, maka anda akan mungkin hidup tanpa ‘dinding’.
Sekiranya berlaku sebarang masalah seperti penyakit pada mana-mana bahagian kulit itu tadi, maka fungsinya terhadap tubuh badan individu juga mungkin akan terjejas.
Dalam usaha untuk mengelak dan menjaga kulit daripada masalah, anda mungkin perlu rujuk apa-apa ketidaknormalan pada kulit ke klinik kulit dengan kadar segera.
Persoalannya, bila anda perlu jumpa doktor kulit atau ahli dermatologi? Ada tanda utama?
Petanda awal anda perlu ke klinik kulit
Sebaiknya, jangan tunggu hingga anda sudah hilang fungsi pada kulit baru hendak jumpa doktor!
Untuk pengetahuan anda semua, kulit mungkin akan menunjukkan beberapa petanda awal jika ada masalah berkaitan dengannya. Semak jika ada yang berkaitan di bawah ini:
1. Masalah jerawat yang teruk
Mungkin ramai yang sangka bahawa masalah jerawat, whitehead, blackhead atau bintik lain itu adalah normal dan akan hilang dengan sendiri seiring perjalanan waktu dan usia.
Ya, anda mungkin tidak salah. Namun, jangan pula rasa segan untuk jumpa doktor kulit jika ia sudah mula menjadi teruk sehingga mengganggu kecantikan dan keyakinan diri.
Ini kerana wujud pelbagai jenis prosedur seperti rawatan laser, ubatan kolagen dan lain- lain yang boleh membantu menangani masalah anda itu, Cuma, anda mungkin perlu bersedia dengan kos, masa dan tenaga.
2. Jangkitan mikrobiom pada kulit
Sebenarnya, kulit manusia memang sangat sensitif dengan jangkitan yis, kulat, bakteria dan virus!
Disebabkan itu juga, sila lebih peka dengan sebarang gejala-gejala seperti kegatalan, kemerahan, kebengkakan dan lain-lain. Ia amat penting untuk elak komplikasi atau kesan jangka panjang yang boleh menjejaskan struktur, sistem dan fungsi pada organ paling besar ini.
3. Tompokan kering
Bukan itu sahaja, individu juga perlu ke klinik pakar kulit jika wujud tompokan kering pada kulit!
Ini kerana kulit yang kering, keras, kasar atau bersisik di bahagian seperti kulit kepala, dada, siku, lutut atau belakang itu mungkin menunjukkan gejala kondisi psoriasis – penyakit kulit autoimun kronik. Dengan ubatan seperti minyak dan krim, maka ia mungkin akan dapat membantu.
4. Kulit yang merengsa/meradang
Wujud satu kondisi yang juga berbahaya pada kulit bernama ekzema. Kondisi ini ditandai dengan gejala kerengsaan atau keradangan yang mengakibatkan kulit merah dan gatal dengan teruk.
Selain ekzema, ada juga kondisi rosacea yang ditandai dengan gejala kulit terasa seperti terbakar. Kedua-duanya mungkin hampir sama dan boleh dirawat dengan penyapuan ubatan topikal.
5. Pergi klinik kulit jika muncul tahi lalat secara tiba-tiba
Mungkin jika tahi lalat itu sudah lama wujud pada kulit anda, kebiasaannya ia tidak ada masalah. Namun jika ia muncul secara tiba-tiba, maka anda perlu segera ke klinik kulit.
Ini kerana tahi lalat itu mungkin petanda awal kanser kulit. Antara gejala lain yang anda boleh perhatikan adalah perubahan pada saiz, bentuk, warna dan/atau tekstur kulit anda.
6. Urat tersimpul (vena varikosa)
Urat yang tersimpul pada tubuh badan terutama kaki seperti kaki labah-labah, akan menyebabkan masalah pada kulit dan sistem sirkulasi darah. Doktor kulit akan membantu anda untuk merawat kondisi ini dengan perawatan dan pembedahan jika ia sudah kronik.
7. Pemeriksaan kanser kulit
Akhir sekali, anda juga perlu ke klinik kulit dalam tempoh atau jeda yang tertentu seperti setahun sekali atau lebih untuk melakukan pemeriksaan kanser kulit secara berkala.
Ini sangat penting kerana melanoma (salah satu jenis kanser kulit) boleh membawa maut. Maka, sila segera jumpa doktor kulit walaupun tidak ada gejala untuk mendapatkan kepastian.
Konklusinya, ada banyak tanda anda perlu ke klinik kulit. Jangan abaikan tanda ini meskipun anda tidak rasa sakit kerana ia mungkin memudaratkan untuk jangka masa panjang!
Rawatan Kulit yang Berkesan
Kunjungi Klinik Kulit kami di Regions Clinic dan dapatkan nasihat doktor kulit untuk mengetahui sama ada mana satu Rawatan Muka yang sesuai untuk anda.
Klik “ONLINE CONSULTATION“ butang di bawah untuk berhubung serta-merta dengan pasukan perkhidmatan pelanggan WhatsApp kami. Perunding kami yang berdedikasi akan memberikan anda maklumat terperinci tentang rawatan muka kami dan menjawab sebarang soalan yang anda ada.
Book Your Free Consultation Today!
Regions Clinic | LCP Certified Aesthetic Clinic in Kuala Lumpur